Surau Al-Mukmin akan menganjur Diskusi Intelek berkenaan punca dan penyelesaian gejala murtad pada 10 Disember 2011, mengemukakan ahli-ahli panel dan moderator yang tidak asing. Ini berupa salah satu daripada usaha kami untuk menambah dana bagi pembinaan Surau Al-Mukmin di Mutiara Gombak. Berinfaq sambil menimba ilmu.
Perincian mengenai program Diskusi Intelek ini ialah seperti berikut:
Tajuk: Gejala Murtad - Punca dan Penyelesaian
Ahli-ahli Panel:
1. Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
2. Ustaz Dr.Zahazan Muhammad
3. Prof Dr Muhaya Muhammad
Moderator: Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan
Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 7:30pm - 11:00pm
Tempat : Dewan CAC, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Tiket:
Pakej Khas : RM5,000 satu meja (10 orang) (dengan makan malam) - 8 meja sahaja
Pakej #1 : RM800 satu meja (10 orang) atau RM80 satu kerusi (dengan makan malam)
Pakej #2 : RM30 seorang (kerusi teater)
Pakej #3 : RM20 seorang (kerusi teater - bagi mahasiswa dan pelajar sahaja)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila hubungi Sdr Raja Azlan Raja Abdul Aziz di 019-2974113 atau Sdr Hir Affendy di 012-3256411.
(Gambar tapak surau pada 29 Okt 2011 selepas kerja-kerja pengalihan dan perataan tanah dilakukan.)
Surau Al Mukmin
Isnin, Oktober 31, 2011
Jumaat, Ogos 19, 2011
Program Qiyam al-Lail, Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran
Bersempena dengan phasa ke-3 Ramadhan 1432H / 2011, Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak akan menganjurkan program-program berikut:
1. Qiyam al-Lail pada awal pagi Ahad 21 Ogos 2011 (Sabtu malam Ahad)
2. Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran pada Khamis 25 Ogos 2011
Setiap keluarga yang ingin menyertai Iftar (Berbuka Puasa) Perdana dikenakan yuran RM20 satu keluarga, tidak kira bilangan ahli keluarga yang hadir. Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat kepada Sdr Mohd Saidi atau Sdr Raja Azlan selewat-lewatnya 22 Ogos 2011.
Aturcara Qiyam Al-Lail (awal pagi 21 Ogos 2011)
3:45am Berkumpul di Surau
3:50am Solat Tahajjud
4:00am Solat Tasbih
4:35am Solat Taubat
4:45am Solat Hajat
4:55am Solat Witr
Diselang seli dengan Zikir Munajat dan Doa.
5:00am Bersiap2 untuk Sahur
5:15am Sahur (disediakan oleh pihak Surau)
5:43am Imsa' & Bacaan Al Quran
5:53am Azan Subuh
6:05am Solat Subuh
6:20am Tazkirah
6:40am Bersurai
Aturcara Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran (25 Ogos 2011)
6:50pm Berkumpul di Surau
7:00pm Tahlil dan Doa
7:20pm Bersiap2 untuk Iftar (berbuka puasa)
7:26pm Iftar (Kurma & Air) (di dalam Surau) & Azan Maghrib
7:35pm Solat Maghrib (tanpa solat sunat qabliah)
7:50pm Makan malam
8:36pm Azan 'Isya'
8:55pm Solat 'Isya', Tarawih & Witir (tanpa Tazkirah)
9:30pm Majlis Khatam Al-Quran
10:10pm Pemberian Saguhati kpd Peserta-Peserta Tadarrus
10:20pm Pemberian Bantuan kpd anak2 yatim kariah Surau Al Mukmin
10:30pm Moreh
11:00pm Bersurai

Semua ahli kariah Surau Al-Mukmin dijemput hadir
Selasa, Ogos 16, 2011
Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' TIDAK HALAL
15 Ogos 2011 (Bernama) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru - Berita Harian.
Untuk berita sepenuhnya, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMsahkanmentega_PureCreameryButter-GoldenChurn_tidakhalal/Article

Isnin, Ogos 15, 2011
Nafsu Tidak Diikat Di Bulan Ramadhan
Sungguhpun di bulan Ramadhan syurga dibuka seluas-luasnya, syaitan digari dan neraka ditutup, nafsu yang ada pada manusia tidak diikat dan berfungsi seperti biasa di dalam bulan yang penuh dengan keampunan ini.
Itu sebabnya, menurut Ustaz Yusof Taib dari Maahad Tahfiz Darul Huda di Wilayah Posat, Kambodia, jihad ke atas nafsu harus berterusan walaupun di bulan Ramadhan. Ini juga dapat menjelaskan mengapa perkara-perkara mungkar masih berlaku di kalangan umat Islam di dalam bulan yang penuh dengan ganjaran ini.
Ini adalah antara inipati yang disampaikan di dalam Kuliah Subuh pada 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432H di Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak.
Ustaz Yusof juga menyampaikan Tazkirah kepada jema'ah Surau Al-Mukmin di antara solat Tarawih pada 15 Ogos 2011.
Selesai program tersebut, Pengerusi Surau Haji Aminuddin Yahaya menyampaikan wang RM850 kepada Ustaz Yusof, berupa wang kutipan derma daripada jemaah untuk Maahad Tahfiz Darul Huda.
Sesiapa yang tidak sempat menderma semasa kutipan dibuat di surau tetapi ingin menderma, boleh menghubungi Bendahari Sdr Mohd Saidi di 012-6363757.

Rabu, Ogos 10, 2011
Bantuan Untuk Adik Syafiq
Adik Syafiqur Rohman, penghuni Pangsapuri Mutiara di Mutiara Gombak, menerima bantuan kewangan daripada Surau Al-Mukmin bagi menjalani pembedahan untuk sumbing lelangit yang dijadual pada 16 Ogos 2011.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Bendahari Surau, Sdr Mohd Saidi Ismail pada 9 Ogos 2011. Sumbangan berupa derma daripada jemaah Surau dan tabung Surau.
Bagi sesiapa yang ingin menderma untuk tujuan ini, bolehlah berhubung dengan Sdr Mohd Saidi di talian 012-6363757 atau mana-mana AJK Surau.
Semoga segala urusan pembedahan Adik Syafiq berjalan dengan lancar. Ameen.

Khamis, Julai 28, 2011
Program Ramadhan 1432H dan Sumbangan Moreh
Sempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijrah insyaAllah pada 1 Ogos 2011, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua ahli kariah Surau Al-Mukmin khususnya dan semua Muslimin dan Muslimat amnya.
Al-Qur'an, Al-Baqarah: 183: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertaqwa.
Seperti pada Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, Surau Al-Mukmin akan menganjur program-program seperti berikut di dalam bulan Ramadhan 1432 Hijrah ini.
1. Solat Tarawih (8 raka'at) diikuti Solat Witir (3 raka'at) selepas Solat Fardhu 'Isya. InsyaAllah solat Tarawih akan diimamkan oleh seorang Al-Hafiz lepasan Darul Quran Kuala Kubu Bharu.
2. Tazkirah selepas 4 raka'at Solat Tarawih
3. Tadarus Al-Qur'an (selepas Solat Tarawih dan Moreh)
Kami mengalu-alukan penaja untuk Moreh yang akan diadakan setiap malam selepas Solat Tarawih + Witir bermula pada malam kedua Ramadhan hingga ke malam 29 Ramadhan. Nilai tajaan ialah sekurang-kurangnya RM200 setiap malam. Bagi yang berminat, sila hubungi Pak Abu (012-3690774), Raja Azlan (013-3305134) atau Sdr Roslee (019-3594544).
Kami juga mengalu-alukan penyertaan ahli kariah di dalam program Tadarus Al-Qur'an. Bagi kaum Adam, bolehlah menyertai mana-mana satu daripada 6 kumpulan yang telah ditetapkan dengan menulis nama di papan tanda yang disediakan di surau. Bagi kaum Hawa pula, bolehlah menghubungi Ketua Muslimah Surau Al-Mukmin.

Langgan:
Catatan (Atom)